Wednesday, January 13, 2010

Berakhirnya 2009 dan bermulanya suatu kehidupan yang baru.. tapi mampu kah aku meninggalkan kenangan 2009 dengan redha? Entah. Jika aku mampu meramal masa depan mungkin aku akan ada jawapan utk itu..2009 meninggalkan banyak luka dan kesedihan.. kenangan yang akan ku bawa sepanjang kehidupan ku.. kenangan yang terlalu sakit utk di kenang.. terutamanya tarikh 1hb2.. 2009 tak kan ku lupa hingga hembusan nafas ku yg terakhir.. kehidupan kadang2 terlalu sukar utk di tafsirkan.. perasaan takut utk mengasihi dan di kasihi org lain yg ada dlm diri ku dulu adalah lebih baik dari membuka relung hati ini utk merasai perasaan itu.Menyintainya adalah satu kesilapan yang besar yang pernah aku akukan.. kesilapan yang tak mungkin ku ulangi lagi.. mujurlah tiada apa yang “lain” yang perlu aku sesalkan melainkan menyerahkan ketulusan kasih ini buat lelaki yang tak pernah mahu menghargainya. Menyayangi adalah tangung jawab yang besar kerna risiko utk lebih terluka ada di depan mata.. barang kali kelukaan ini membuatkan aku takut utk menyayangi semula .. biar lah ia terus begitu.. sampai bila.. hanya Allah yg ada jawapan nya.. maybe until I find the right person .. well Princess Noriko tak sabar mahu memulakan sesi pembelajaran.. tak sabar nak menerima tugasan dan menghabiskan tahun ini dengan perasaan teruja.. InsyaAllah this year will be the most wonderful year in my life..tak sabar mahu memegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi & kaunseling.. usaha Prin selama 3 tahun..tapi tetap terasa syg mahu meninggalkan negeri Sabah yang sudah prin syg seperti tanah air sendiri.. namun keinginan utk berada di sini tak mampu mengatasi ketakutan dan rasa sakit utk mengigati kenangan bersama dgnnya..ingin sekali prin melihat dia menderita dan sakit seperti mana yang prin rasakan .Allah itu maha adil.. biarlah Dia yang member hukuman yg setimpal buat insan ini. Apa2 pun pengalaman itu merupakan guru terbaik.. biar pun banyak duka tan tangis..ada juga perkara yg mengembirakan prin sepanjang tahun ini...Alhamdulillah ini merupakan semester kedua prin Berjaya mencapai target.. biar pun tak seberapa but I’m happy..tp sodih lah jugak tak lama lagi akan meninggalkan dunia seorang pelajar.. mungkin apabila sudah terlalu rindu.. prin punya impian utk menyambung pelajaran keperingkat sarjana…tak de rugi utk menimba ilmukan.Sentiasa doakan yang terbaik utk kehidupan ini .semoga takkan ada air mata utk tahun ini.. new year.. new life…new love maybe hehe.. ok lah chow dulu.xoxo

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun
my new photo huhu xoxo

Sunday, November 22, 2009



Hari ni brithday abg ku yang tersayang... wish u all da best abg. Kita memang tak serupa, tapi jika adik punya kesempatan utk memilih keluarga sendiri adik tetap pilih abg sebagai abg adik. Ia tak kan berubah sampai bila2...bairpun abg pernah pukul kepala adik dengan remote kontrol pasal adik tak mo tukar chnel tv hehe sampai bengkak lagi tu hehe tpi.. skrg ni adik mampu mengenang kesakitan masa lalu itu sambil tersenyum.. Abg ,adik bangga dengan abg. waaa emo lah pulak.. k lah tata hehe.

Balik kampung ooo balik kampung


rinduuuuuuuu sgt pada keluarga... terutamanya dua putra ku yang rupawan.. rifqi n syamim..hehe. well tumpang bermanja kan.. nak tunggu beranak sendiri lambat lagi. prin kan nak tunggu putra bunian datang meminang.. hehehe.. bila lah tu.. leh buat majlis dalam hutan.. pastu berarak pakai kuda. owh ya ckp pasal kuda.. teringat balik lelaki misteri yang muncul dalam mimpi prin. Banyak kali dah sebenarnya.. cuma peliknya prin tk pernah ada kesempatan nak lihat wajahnya... emmm maybe Allah nak tunjuk jodoh prin.. siapa tahukan. tapi yang paling melucukan.. prin mimpi lelaki tu naik kuda pakai baju melayu siap bersamping lagi... baju melayu warna putih. siapa entah mamat tu.. bahaya bagi tahu mimpi ni.. tak pasal2 ada ahli psikologi yang guna psikoanalisis tafsir mimpi prin hehehe... well mimpikan cuma permainan tidur.. tapi prin harap suatu masa nanti ia akan jadi kenyataan.. doakan jodoh prin k.. harap hati ni dapat terbuka semula..terbuka dengan perasaan yang cukup tenang dan redha. btw esok balik huhuhu.. fligt tengah hari ke swk.. emmm maybe cuti ni sibuk sikit coz nak cari2 dulu tempat praktikal utk sem dpn.. so kena ready.. ingat nak buat kat sabah je.. dah tak mo balik dah.. tapi nak buat cmne.. terpaksa beb.. k lah prin caw cincaw dulu.. salam kasih.

Friday, November 6, 2009

Malam hitam yang dingin, terasa hangat dalam sinar mentari yang tiada, segala galanya mengelirukan, mencari cahaya dalam terang, mencari tenang dalam riuh, luka ini terlalu sakit untuk di lupakan, tapi kenapa benci harus bersama cinta, kenapa dendam ada bersama syg, lelaki itu tak layak untuk di cintai, tak layak untuk di sayangi, tapi kenapa ada syg untuknya, ada cinta yang tersemat jauh di sebalik dendam dan benci…ahhhh sukar untuk aku terjemahkan rasa ini , tapi aku benci kerana lelaki yang tak punya perasaan itu masih ada dalam kehidupan ku meski pun terselindung di sebalik rasa benci dan dendam yang takkan sudah .. Adam bawa aku lari dari kekeliruan ini, bawa aku pergi adam, aku tak tahu siapa diri mu, tapi bawa lah aku pergi jauh dari kegelapan ini, bawa aku pada cahaya adam, siapa pun engkau ..aku akan setia bersamamu

Tuesday, October 20, 2009

Harapan

Final exam coming soon.. harap2 leh jawap huhuhu tak sabar nak balik Sarawak. Nak tinggalkan segala yang menyesakkan kepala otak ni. balik kampung dapat gak main gan anak buah. kesayangan ku rifqi n syamim, mak ngah rinduuuuuuuu sgt.Kalau kat sini asyik ingat kat jantan tak guna dan penipu tu. bosan la. Jantan camtu tak layak nak di ingat. Buang dalam tong sampah pun tong sampah tak terima... ops.. terlebih sudah hihihi. Yang pastinya.. I HATE HIM!!!!!! huhuhu apa-apa jelah.. asalkan aku bahagia. moto hidup ku kini "BEBASKAN DIRI DARI KENA BULI" hihi. with love Princess noriko.;-)

Saturday, October 17, 2009

TITIK PERTEMUAN

Benarkah kata fazilah kamsah, dalam diri manusia itu ada gelombang yang boleh menyatakan apa yang kita rasa tanpa sebarang kata sekali pun. Insan yang kita cintai tahu bahawa dirinya dirindui, tanpa berkata, “awak ,saya rindukan awak” kehidupan ini kadang-kadang terlaku kritakal, komplek hingga kita sendiri sukar untuk memahami karenahnya. Ya Allah salah kah aku jika aku seolah-olah mempersoalkan takdir ku. Mengapa terlalu sukar untuk aku melupakannya dalam setiap hela nafas ku.. adakah benar dia merasa seperti mana yang aku rasakan kini, rindu seperti mana aku merinduinya. Setelah ku tahu segala yang ada pada dirinya semua hanya penipuan dan dusta. Adakah kata cinta dan sayangnya padaku juga satu dusta?.. aku tenang dalam persoalan ini Ya Allah. Tapi kenapa dalam ketenangan ini dia masih ada dalam ingatanku, dalam tidur ku, dalam doaku. Terlalu hebat kah dia hingga aku tak mampu membencinya, biar pun cuma sekelumit. Telah telalu banyak alasan yang ku cipta dalam hati ini, agar dia luput dari ingatan, alasan yang dia curang padaku, bahawa dia bukan kekasih yang setia, alasan yang dia tak pernah menyayangiku, alasan yang semua yang dia katakan pada ku hanya penipuan belaka, ahhhh itu semua tak cukup membuatkan aku membencinya..kenapa? adakah kerana dia pernah membuatkan aku rasa di sayangi, lelaki yang mampu mengubah kedegilan ku, lelaki yang menjadikan aku anak yang lebih taat pada ibubapaku..adakah kerana dia lelaki yang berjaya mengetuk pintu keegoan ku, keegoan yang selama ini begitu utuh dan megah, tapi itu semua juga tak mampu membayar segala kesakitan yang dia tinggalkan dalam jiwa ku , ketika dia pergi begitu saja tanpa pesan dan khabar berita, dia tinggal aku dia saat aku di kutuk teman-temannya, dan mana dia ketika aku di fitnah sebegitu rupa, ia juga tak mampu menyembuhkan luka ketika aku mengetahui yang segala yang dia pernah perkatakan hanya penipuan belaka. Tak mampu menyembuhkan luka ketika aku tahu bahwa dia tak pernah setia, Tapi kenapa dia tetap ada? Tidak kah aku menyatakan yang aku tidak mampu memaafkannya?.. mungkin aku cuma dalam dilema, antara benci dan sayang.. tapi aku masih waras dalam menilai apa yang aku rasakan kini,. Perasaan rindu, dulu aku resah dalam rasa itu, sebab kau rasa bodah kerana merinduinya, merindui orang yang menipu dan munafik kerana memungkiri janjinya sediri.. janjinya untuk membahagiakan aku dan takkan pernah membiarkan aku menangis lagi.. tapi kini rasa rindu itu membuatkan aku sedar dunianya dan duniaku adalah berbeza, mana mungkin bersatu, dia bersama prinsipnya dan aku dengan prinsipku, dia air dan aku pula api, kini aku merasa yang dia tiada lagi di sini, di hati ku,dan mungkin ini yang membuatkan aku rindu, rindu akan hadirnya dalam hati ku, tapi kini dia jauh... terlalu jauh....... kini aku sendiri, dan lebih selesa sendiri. Manusia Adam dan Hawa memang di ciptakan berbeza, berbeza fizikalnya,pemikiran, malah idealogi kehidupanya jua berbeza. Tapi semakin kita mencari perbezaan.. kita takkan nampak titik pertemuan. Manusia Adam mahluk yang rasional dan sering mengunakan logik untuk berfikir dan mentafsir, sebab itu mereka kelihatan seolah-olah tidak ada perasaan. Manusia hawa itu makluk yang emosi, banyak logik tetapi emosi itu membalut logiknya. Namun itu menjadikan hawa lebih sensitif dengan perasaan insan lain. Malah mereka juga berbeza dari segi tafsiran sex. Ye.. kajian psikologi menyatakan bahawa, pada wanita sex itu adalah lambang cinta, manakala pada lelaki jika cinta itu adalah sex. Sebab itu agaknya lelaki tidak kisah dengan siapa dia ”melakukannya” biarpun wanita itu bukan wanita yang dia cintaai. Ahhh!!! Perbezaan.. perbezaan..perbezaaan. kenapa hawa dan adam di jadikan berbeza.. tapi ereka juga di jadikan berpasangan.. kerana mereka di jadikan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Seperti hadis Rasulallah, Manusia hawa di cipta dari rusuk adam, bukan dari kepala untuk di junjung, bukan dari kaki untuk di jadikan alas, tapi dekat pada lengan untuk di lindungi, dekat pada hati untuk di kasihi dan di cintai. Persoalannya? Ada kah adam untuk ku? Adam yang akan memimpinku, membahagiakan ku, menghormati aku sebagai makluk yang penuh cinta dan sayang..? ya.. tentu ada.. sebab Allah menjanjikan..” setiap makluk Aku jadikan berpasang pasangan. Ada Adam dan ada Hawa. Well kita tunggu dan lihat... siapa Adam yang di ciptakan untuk ku.